Suamiku,
Hadirmu dalam hidupku,
Membawa sinar kebahagiaan,
Meskipun perkenalan yang singkat,
Hati kecil ini mengiyakan,Kau lah yang bertakhta di hati ini.
Suamiku,
Kenangan bersamamu meredah hujan dan panas,
Tak kan pernah ku lupa,
Biar basah, biar terbakar kulitku ini,
Namun,
Ku bahagia bersamamu,
Ingin ku selalu begitu,
Selamanya.
Suamiku,
Kau mengimpikan keluarga kita sempurna,
Kau mengimpikan seorang zuriat,
Zuriat yang menjadi tanda cinta suci kita,
Hari yang dinanti penuh debar,
Dapat ku rasakan,
Ada sesuatu di dalam rahimku.
Alhamdulillah, Allah perkenankan doa kita selama ini,
Aku mengandungkan zuriatmu,
Saat dikhabarkan berita itu,
Ingin rasanya aku beritahu satu dunia,
Betapa bahagianya aku saat itu,
Terserlah di wajahmu, terukir sebuah senyuman,
Aku bersyukur padaMu ya Allah.
Suamiku,
Aku tidak cukup kuat untuk menahan loya,
Hari-hari ku lalui dengan membawa plastik ke kiri dan kananku,
Ku bawa kemana sahaja,
Ia menjadi teman setiaku,
Suamiku,
Ku gagahi juga, kerana aku sayangkan dirimu,
Aku juga sayangkan anak kita.
Suamiku,
Hari-hari kita lalui dengan penuh harapan,
Ku penuhi hari-hariku dengan menatap wajahmu,
Ku tatap gambarmu,
Impianku, agar anak kita mewarisi sifatmu yang penyayang,
Dan halus budi pekerti,
Aku ingin anak kita menjadi seperti mu.
Suamiku,
Sesuatu yang tidak pernah ku duga,
Aku merasa kurang selesa,
Kandunganku menjadi seperti ada yang tidak kena,
Ku khabarkan padamu,
Suamiku,
Setiap detik, setiap saat,
Kau sentiasa di hatiku,
Meskipun sakit yang ku tanggung,
Umpama bersabung nyawa,
Namun ku bersyukur kau sentiasa disisiku,
Kau setia menemaniku,
Ku cuba sorokkan semampuku,
Betapa sakitnya aku ketika itu.
Suamiku,
Lebih 2jam aku di dalam bilik bersalin,
Namun aku belum lagi nak melahirkan,
Ku ingati pesan mak dan pesan mama,
Pohon kemaafan dan keampunan daripada mu,
Ingat pada-Nya,
insyaAllah, semua akan dipermudahkan,
dengan izin-Nya, insyaAllah.
Suamiku,
pada 2 mei 2009,
Tepat jam 4.45 petang,
Anak kita telah selamat kulahirkan,
Alhamdulillah,
Ingin rasanya ku sujud syukur pada-Mu.
Suamiku,
Ku tahu kau terlalu gembira,
Gembira melihat anak kita yang baru dilahirkan,
Masih ku ingat, kau bisikkan terima kasih padaku,
Aku dalam keadaan separuh sedar,
Hanya mampu menahan sakit,
Inginku terus tidur kerana semalaman ku menahan sakit,
Suamiku,
Meskipun sakit,
Namun aku tak pernah serik untuk bersalin lagi,
Dapatku rasakan, betapa nikmatnya saat melahirkan,
Ku gembira melihat wajahmu teruja melihat anak kita,
Syukur Alhamdulillah.
